Thursday, May 16, 2013

Masih Breastfeeding Tapi Nak Kurus?

Ramai jugak kawan-kawan saya yang bertanya macamana nak turunkan berat badan tanpa bagi efek pada baby.. Ye la, bila kita menyusukan bayi, kita akan cepat lapar. Sebab tu, kejap-kejap nak mengunyah. Dah lunch tapi sejam kemudian cari nasi lagi. hehe.. Normal sebenarnya sebab badan kita memproses makanan tu menjadi tenaga dan digunakan untuk menghasilkan susu badan. Sebab tu la kita jadi cepat sangat lapar.

Apa yang penting kat sini, pemakanan kena seimbang. Pengambilan supplement juga sangat membantu untuk menurunkan berat badan mommies tanpa perlu crash diet dan menyekat pemakanan. Paling best, susu untuk si manja tetap meriah..!!

Di sini saya kongsikan garis panduan umum untuk ibu-ibu yang nak diet cara sihat ye..

- pilih makanan dari kesemua sumber makanan iaitu bijirin, sayuran, buah-buahan, hasil tenusu, daging dan telur. pastikan dalam jumlah yang sederhana.

- jangan sekali-kali skip sarapan pagi dan ambil sekurang-kurangnya 3 hidangan berkhasiat sehari.

- ambil buah sebelum makan nasi.

- wajib minum air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.. INGAT!! setiap 25kg berat badan = 1 liter air ye...


No comments:

Post a Comment