Wednesday, February 27, 2013

7 cara untuk mengatasi morning sickness


Morning sickness, mual atau muntah yang dialami sepanjang tempoh kehamilan adalah merupakan perkara biasa bagi kebanyakan wanita hamil. Nama je morning sickness tapi ada sesetengah wanita yang alaminya tak kira masa.. pagi, petang, siang, malam.. tapi, apa pun, morning sickness yang dialami menunjukkan kandungan anda sedang membesar dengan sihat! Jadi, redha saja la dengan setiap rasa mual yang ada.. huhu..

Jika morning sickness yang dialami oleh anda berterusan dan menyebabkan kehilangan berat badan, keadaan ini disebut sebagai hiperemesis gravidum. Segera dapatkan rawatan di hospital. Biasanya doktor akan menyarankan supaya anda bedrest sehingga keadaan diri kemballi pulih.



Berikut adalah 7 cara untuk mengatasi morning sickness :

Makanan :

- Elakkan makan makanan yang berempah atau berminyak. Makan makanan yang agak ringan contohnya biskut atau roti di waktu pagi bagi menghilangkan rasa mual.
- Jangan biarkan perut anda kosong kerana ini akan memburukkan lagi gejala morning sickness anda. Ambil makanan tinggi protein setiap 2 jam dikatakan dapat membantu mengurangkan perasaan mual.

Jauhi penyebab kepada rasa mual :

- Ada sesetengah makanan dan bau yang dapat menimbulkan perasaan mual. Macam saya dulu, langsung tak boleh nak memasak. Bau bawang yang ditumis dan bau nasi yang baru masak memang sangat-sangat menyeksakan.. T__T... last2, sy ikat sapu tangan separuh muka sambil memasak. Dah gaya ninja dah. hehe... So, sesiapa yang ada perasaan macam ni, cuba hindari makanan dan bauan tersebut sebaik mungkin. Cuba hidu bau lemon/oren untuk membantu meringankan gejala tersebut. Bahkan menghirup udara yang segar juga dapat membantu.

Lain-lain perkara yang boleh membantu :

- minum air/soda dengan hirisan halia disarankan oleh Mayo Clinic sebagai salah satu cara untuk melegakan ketidakselesaan perut.
- Ais yang dikisar, gula-gula atau ice pop juga dapat meringankan rasa mual. Maknanya, apa-apa minuman sejuk yang menyegarkan, pasti dapat membantu :)
- gula-gula khas untuk kehamilan juga tersedia bagi membantu mengurangkan rasa mual dan loya.
- anda juga boleh mencuba asam untuk meningkatkan rembesan air liur. Tapi jangan makan banyak sangat, tak bagus.... ^__^
- menurut The American Pregnancy Association, peppermint atau teh peppermint juga boleh menjadi ramuan yang dapat mengurangkan gejala morning sickness ini.
- dapatkan konsultasi dari doktor terlebih dahulu jika ingin menggunakan ubat-ubatan herba/homeopati.


Ubat :

- ambil ubat-ubatan di bawah pengawasan doktor.
- - Cuba makan prenatal vitamin di waktu malam atau sebelum tidur malam agar dapat diserap sepenuhnya sepanjang malam.

Warded (Ditahan di wad) :

- jika morning sickness yang dialami sangat teruk (hiperemesis gravidum) hingga menyebabkan anda kehilangan berat badan dan tidak berupaya untuk makan dan minum, maka doktor akan menyarankan anda supaya tinggal di wad sehingga keadaan menjadi stabil. Rawatan yang bersesuaian akan diberikan. kes ini biasanya dialami oleh 1% wanita dari semua kehamilan.
- kaedah lain yang digunakan ialah, dengan memasang hos nasogastrik atau gastrostomy endoskopik yang dimasukkan melalui mulut atau hidung untuk menyalurkan nutrisi kepada si ibu.


Berehat :

- dalam sesetengah kes, si ibu akan dinasihatkan supaya bedrest atau berehat sehingga morning sickness reda. Bedrest yang dimaksudkan ialah, tidak boleh membuat apa-apa kerja dan kurangkan pergerakan. namun ini akan memberikan kesan negatif pada otot kerana jarang digerakkan.

Akupunktur (acupuncture) :

- terdapat beberapa sesi rawatan untuk meringankan morning sickness. Antaranya, kaedah seabands iaitu ban yang diletakkan pada pergelangan tangan dan dicucuk pada titik-titik tertentu.


sumber : erabaru.net


Morning Sickness vs Vitamin B6:

Owh, satu lagi tips hebat untuk bantu kurangkan rasa Morning Sickness ialah dengan mengamalkan vitamin B6! Vitamin B6 telah dibuktikan secara saintifik dapat membantu mengurangkan Morning Sickness. *Source.

Jika anda mengamalkan Vitamin B-Complex Shaklee, anda bertuah kerana B Complex Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B, termasuklah B6!

 Kredit : GenkiMomma


3 comments:

  1. info yang bagus. vitamin b6 memang dah digunakan sejak 1940 lagi untuk prevent morning sickness

    ReplyDelete

  2. Artikel yang menarik mengenai cara melegakan morning sickness. Morning sickness ini berlaku kerana terdapat kenaikan hormon estrogen dan beta-HCG di dalam darah wanita hamil dalam tempoh 6 minggu hingga 3 bulan pertama penghamilan.

    ReplyDelete
  3. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Tips Hilangkan Morning Sickness Semasa Hamil

    ReplyDelete