Tuesday, February 19, 2013

Petua untuk melegakan batuk dan selsema

kasihan tengok si kecil tidak selesa untuk bernafas dan asyik batuk sehingga berair matanya... kalau ada anak-anak ramai kat rumah, memang pas baton la jawabnya. bila si kakak dah sembuh, si adik pulak yang ambil turn.. susah hati kita sebagai ibu bila tengok anak selsema tak baik-baik.




so, macamana untuk mengubati selsema dan batuk di kalangan kanak-kanak dan bayi ni ye?

cara #1 : petua ni saya cuba sendiri pada anak setelah google dan baca feedback dari ramai orang yang berpuas hati dengan petua ni.
~ caranya, ambil seulas bawang putih. cucuk pada garfu. jangan kopek kulitnya. terus je bakar atas dapur sampai kulit bawang tu hangus kehitam-hitaman. kemudian, lecek bawang dalam piring. campurkan sedikit minyak masak yg belum digunakan. gaul rata dan sapu pada dada serta belakang badan anak. nak sapu pada tapak kaki pun boleh. 
~bawang putih ni dapat merangsang sistem imun dan melawan virus-virus selsema kerana ianya mempunyai ciri-ciri antivirus.

cara #2 : bagi anak yang berusia bawah 2 tahun, tiada ubat yang dapat diberi untuk mengubati batuk dan selsema mereka. so, ibubapa jangan pandai-pandai bagi ubat sendiri pada baby ye.. minta dulu consultation dari doktor yang merawat. 
~ biasanya doktor akan bagi ubat salbutamol untuk mencairkan kahak bayi. dose pun sikit saja. lagi satu kaedah ialah dengan mengambil nebulizer/sedut gas. ini semua rawatan untuk mencairkan kahak dan membantu bayi bernafas dengan lebih baik. 
~ kalau tak jalan jugak, doktor akan sedut kahak/lendir dengan menggunakan tiub. biasanya ibubapa tak digalakkan tengok. takut tak sampai hati nanti.

cara #3 : campurkan vaporbalm khas utk bayi dalam sebesen kecil berisi air panas. kemudian tiarapkan baby di ribaan. wapkan mukanya sambil tepuk perlahan belakang badan utk melonggarkan kahak.

cara #4 : menggunakan teknik percussion untuk melonggarkan kahak. 
~ caranya, tiarapkan bayi dan letak bantal bawah perutnya. bantal tu jangan tebal sangat. make sure kedudukan kaki lebih tinggi dari perut. kemudian, bentukkan tapak tangan macam 'cupping' dan tepuk kiri kanan belakang bayi secara perlahan-lahan selama 15 minit.

~ in shaa Allah, dalam masa setengah jam, bayi anda akan batuk dan muntah mengeluarkan lendir yg agak banyak. kalau tak muntah tak apa, lendir yang ditelan tu akan keluar bersama-sama najis bila dia poo-poo nanti.



cara #5 : jika si ibu masih menyusukan bayi, boleh mengambil supplement tambahan untuk membantu meningkatkan tahap imunisasi dan antibodi bayi. Supplement yang dicadangkan ialah, Nutriferon + Vitamin C + Vitalea + OmegaGuard. Kerapkan penyusuan. Bayi akan menyerap nutrisi dan benefit itu dari susu ibu setiap kali mereka menyusu.

No comments:

Post a Comment