Wednesday, April 17, 2013

Promosi April 2013 - NUTRIFERON -

Assalamualaikum semua.. selamat malam.. dah agak lama juga ye saya tak update blog.. maaf jika tertunggu-tunggu entry terbaru dari sihat zone (ada fans ke? hehe)

Bulan ni bulan kelahiran saya.. Special sangat bila dapat sambut dengan dua orang anak saya sekaligus bulan ni.. hadif 5hb, yana 16hb dan saya sendiri 18hb :) nak lagi best, bulan ni ada promo NUTRIFERON dari Shaklee...! ^_^

Saya tau ramai yang masih tak berapa faham pasal Nutriferon ni kan? Apa kandungannya.. Semulajadi ke tak.. Bagus ke tak.. Tak apa, kalau tak faham, kita bagi pencerahan okey!

Haa... mari sini adik kakak sekalian.. sila rapat-rapat, dekat-dekat muka anda pada skrin. hehe... Jom kita berkenalan dengan NUTRIFERON!

1) Fungsi Vitamin - Apakah Fungsi Nutriferon?

Nutriferon ni bertindak sebagai antioksidan dan sistem imun untuk badan... macam antibiotik yang doktor bagi bila kita sakit/demam tu..

2) Simptom Kekurangan - Kalau tubuh saya kurang nutrient (interferon) ni, ada efek negatif tak?

Sudah tentu ada! Anda akan mudah terkena serangan virus, bakteria, kuman, sel kanser dan sebagainya. Pendek kata, mudah diserang penyakit.. see, betapa pentingnya interferon untuk tubuh badan kita kan.

3) Makanan apa yang kaya dengan interferon ni?

Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh kita untuk melawan virus, sekaligus mengelakkan virus tersebut ‘membiak’ dalam tubuh kita. Sumber makanan yang sesuai adalah yang mengandungi protein dan vitamin C. Boleh didapati dalam makanan seharian kita yang seimbang. Contohnya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

4) Siapa yang patut dan perlu sangat ambil Nutriferon ni ye?

Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat sembuh. Boleh tengok list di bawah :)

 1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
2. Ibu yang menyusukan anaknya ; di mana anaknya demam atau sakit yang berpanjangan.
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
5. Mereka yang sering stress.
6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, iaitu vitamin A, C, dan E boleh gantikan dengan Nutriferon sepaket sehari.
8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.

PERHATIAN**pesakit SLE (autoimmune) tak boleh ambil sebab ia mengaktifkan sel-sel imun yang dah sedia 'hellwire' dalam badan pesakit. risiko untuk LE attack adalah tinggi.

 5) Shaklee Difference - Kenapa saya kena pilih Nutriferon Shaklee berbanding ubat atau suplemen lain kat pasaran?

Kerana rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah EKSLUSIF kepada Shaklee SAHAJA. Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi. Jadi, kalau nak cari Nutriferon Shaklee ni kat kedai dan farmasi, memang CONFIRM tak akan jumpa melainkan beli dari Shaklee sahaja.. SPECIAL kan?

 6) Bila waktu terbaik untuk ambil Nutriferon ni? Kena ambil hari-hari ke? Macamana dosage dia?

Dosage dan pengambilan : 1 paket, bancuhkan dalam secawan air kosong/ air suam, dan di minum. Satu paket sehari. Ambil sampai demam sembuh. Lepas tu, cuma maintain 1 paket seminggu untuk kesihatan yang optimum. In shaa Allah. Maknanya kat sini, ambil Nutriferon bila perlu je.

Untuk kanak-kanak, boleh bagi separuh paket sehari sampai sembuh. Untuk anak bawah 2 tahun pula, memadai secubit Nutriferon 2x sehari sampai sembuh.. :)

nota kaki : minum bersama air. Sila minum secepat mungkin selepas dibuka kerana ianya mudah menyerap kelembapan ok :)


No comments:

Post a Comment