Thursday, February 7, 2013

ESP - SOY PROTEIN

saya tau semua orang dah dengar pasal ESP kan..? antara produk yang terlaris sekali dari Shaklee.. Jom kita berkenalan dengan ESP.

ESP ni apa sebenarnya?
~ merupakan sumber protein soya terbaik.
~ menyediakan 14 gram protein non-GMO berkualiti tinggi + 9 asid amino penting.
~ rendah lemak, bebas laktosa dan kolestrol berbanding protein dari sumber daging, telur atau tenusu.

Non-GMO tu apa pulak?
~ Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program. Program ni memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee dipantau dengan ketat dan dikawal... sejak mula ia ditanam, dituai hinggalah diproses.

Keistimewaan ESP untuk kesihatan kita :

--->  membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan.

--->  memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel serta tisu yang rosak.

--->  menyediakan 14 gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.

---> diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

---> setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.

---> mengandungi fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menapous.

---> indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah. sesuai diambil oleh penghidap kencing manis.

---> tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.

---> mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh kita bagi mengekalkan tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.

---> Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.


Siapa yang perlu ambil ESP ni?

~ Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau ambil waktu pagi, dapat bagi tenaga tambahan & rasa kenyang lebih lama.. sesuai sangat untuk yang nak turunkan berat badan)

~ Lelaki : melindungi dari sebarang penyakit kronik

~ Ibu mengandung : untuk perkembangan dan kesihatan janin serta memastikan si ibu tak terlebih berat badan semasa hamil

~ Wanita : keanjalan kulit… (protein penting untuk penghasilan kulit yang cantik dan ton warna yang sekata)

~ Mereka yang ada parut jerawat atau parut lain yang berwarna hitam. parut tu jadi hitam sebab kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tu..

Macamana cara nak minum ESP ni?

~ Senang saja... bancuh 1 sudu besar ESP ke dalam air kosong atau apa saja minuman favourite yang anda suka.. KECUALI : kopi & teh.
~ bancuh dengan air suam atau air sejuk saja.. jangan pandai2 nak guna air panas pulak tau.. sebab protein mudah musnah dalam suhu yang tinggi :-)
~ Minum 2x sehari untuk keperluan protein yang mencukupi.

kredit pic : zyrahman.blogspot.com



No comments:

Post a Comment