Tuesday, February 19, 2013

Cara Penyimpanan & Pengendalian Susu Perahan

Okey... susu dah dipam. sekarang ni macamana cara nak handle susu-susu ni semua? salah handle nanti, susu jadi basi. kesian pulak kat baby nanti..

kredit : viniyamey.blogspot

jom kita tengok macamana cara nak kendalikan susu perahan ni supaya ianya kekal bersih, berkhasiat dan selamat untuk diminum oleh bayi anda..

istilah-istilah bagi susu ibu yang diperah / dipam :
  1. EBM = expressed breast milk
  2. FRESH EBM = susu ibu yg baru diperah
  3. CHILLED EBM = susu ibu yg diperah dan disejukkan dalam peti sejuk. (bukan kat tempat beku). ia akan membentuk 2 lapisan. tapi bukan basi ye.
  4. FROZENN EBM = susu ibu yg disimpan di tempat beku di dalam peti ais.
bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan :

  • bekas plastik / botol susu FREE BPA (BISPHENOL-A).
  • bekas kaca / bekas plastik berbucu keras. contohnya, tupperware.
  • breast milk storage liners (plastik yg dijual khas utk simpan susu ibu)
  • bekas dadih - boleh digunakan sehingga 3x sebelum dibuang.
tempat dan tempoh penyimpanan susu perahan :
SUHU BILIK : 
  • 4 jam untuk bilik yang tidak ada air-cond (suhu 25-37)
  • 6-8 jam untuk bilik yang ada air-cond (suhu 15-25)
*suhu bilik haruslah sentiasa dalam keadaan stabil. contoh ; bilik ada aircond, jgn matikan suis air-cond sepanjang botol susu perahan ada dalam bilik tu.

FRIDGE / FREEZER :
  • peti sejuk 1 pintu (bahagian beku) = 2 minggu
  • peti sejuk 2 pintu (bahagian beku) = 3 bulan
  • pintu bawah (bahagian rak paling atas) = 3-5 hari (sebelum dibekukan)* hari yang ke-5, alihkan ke tempat beku.
  • dari tempat beku ke bahagian rak chiller = 24 jam
DEEP FREEZER :
  • tahan sampai 6 bulan.
  • kalau tempat beku tu suhu -1 darjah celcius, susu boleh tahan sampai setahun.

COOLER BAG / BOX :
  • tahan sehingga 12-24 jam dengan suhu -4.

Cara mengendalikan bekas untuk simpan susu perahan :
  • pastikan setiap bekas dicuci, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.
  • bila dah masukkan susu, pastikan setiap bekas tu dilabelkan. apa yang nak tulis kat label tu? jom semak.
              ~ tarikh perahan (kalau nak bagi baby, habiskan susu yg terdahulu)
              ~ waktu perahan ( pon guna susu yg terdahulu)
              ~ kuantiti susu yang diperah
              ~ nama bayi (utk elakkan dari tertukar susu sewaktu di taska/hospital)
  • simpan susu dalam kuantiti yang mencukupi utk satu-satu bekas tu. contohnya, 1 bekas tu isikan 2oz-4oz saja utk sekali penyusuan. so, dapat mengelakkan pembaziran susu.

AMBIL PERHATIAN !!
  • susu yang dicairkan tak boleh dibekukan semula.
  • susu yang dipanaskan tak boleh disejukkan semula.
JANGAN BUAT!!!
  • jangan simpan susu perahan kat bahagian pintu peti sejuk sebab suhu kat situ tak stabil. sebab kita kan selalu bukak tutup peti sejuk. sebaiknya, simpan kat bahagian paling atas dan paling dalam kerana kat situ suhunya paling stabil.
  • jangan penuhkan susu sampai rapat ke penutup bekas. simpan ruang sikit untuk susu mengembang semasa proses pembekuan.

saya harap, tips-tips ni dapat membantu mommies yang keliru tentang macamana nak simpan susu perahan. ok?

~ susu yang terbaik adalah susu ibu ~





No comments:

Post a Comment