Monday, February 18, 2013

Tips Mengepam Susu

Saya tahu ramai di kalangan ibu yang sedang menyusukan bayi pasti tercari-cari apakah tips terbaik untuk mengepam susu terutamanya bagi ibu-ibu yang bekerja.

kat sini saya kongsikan sedikit tips mengepam khas untuk anda.

  • pam di sebelah pagi sewaktu bayi masih belum bangun tidur. biasanya di waktu pagi, payudara sedang padat dengan susu.
  • pam sedikit sebelum bayi menyusu. so, hisapan bayi yg seterusnya akan membantu mengosongkan payudara.
  • pam selepas bayi menyusu (kalau belum pam sebelum bayi menyusu la..) ini bertujuan untuk mengosongkan payudara.
  • pam semasa bayi tidur. tak kisah la tidur siang ke, malam ke.
  • pam sebelum ibu tidur.
  • pam di antara waktu tidur (set jam dan bangun malam untuk pam)
  • susukan bayi dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi melepaskan sendiri payudara anda. itu tandanya dia dah kenyang dan payudara dapat dikosongkan.
  • susukan bayi bila-bila masa saja bila dia lapar. jangan hadkan. (cth : susukan bayi setiap 2 jam) penyusuan yang kerap sebenarnya menggalakkan lagi penghasilan susu badan.
  • susukan sekerap yang boleh.. bagi bayi peluang untuk menyusu di kedua-dua belah payudara.
  • pastikan emosi anda ketika menyusukan bayi adalah di tahap TENANG. kerana kalau dalam keadaan tertekan atau sentiasa berasa kurang yakin untuk menyusukan bayi, boleh menyebabkan susu merudum. yang penting, dapatkan rehat secukupnya dan jangan stress!
  • untuk yang beragama Islam, digalakkan supaya mengamalkan surah AL-BAQARAH ayat 60 atau surah HUJURAT. caranya, baca dan sapu pada kedua-dua payudara. berdoalah semoga anak anda dikurniakan rezeki susu ibu yang mencurah-curah. 
sambil menyusukan bayi, jangan lupa usap dan cium bayi supaya dia rasa selesa dan anda pon rasa rilekss...

~ Jom jayakan penyusuan susu ibu ~

No comments:

Post a Comment