Mitos 1: Sesetengah susu formula (FM) lebih baik dari susu ibu (SI) kerana ditambah vitamin
Fakta: sesetengah vitamin yang ditambah mungkin memberi kesan negatif kepada bayi
Mitos 2: Bayi menyusu SI mempunyai jadual menyusu yang sama dengan bayi menyusu FM
Fakta: Susukan bayi mengikut kehendak. SI lebih mudah hadam, maka bayi akan cepat berasa lapar semula
Mitos 3: Sesetengah ibu tidak mampu menyediakan SI yang secukupnya
Fakta: Kekerapan menyusu akan merangsang pengeluaran susu yang secukupnya
Mitos 4: Adalah tidak mustahil bayi juga mempunyai alahan terhadap SI
Fakta: Sekiranya berlaku alahan, mungkin disebabkan pemakanan ibu ataupun faktor sekeliling
Mitos 5: Sekiranya ibu sakit, demam,selesema, ibu sepatutnya berhenti menyusu
Fakta: Semasa sakit,ibu akan menghasilkan antibodi terhadap penyakit tersebut dan ianya sangat bermanfaat untuk bayi. Bayi yang menyusu FM dua kali terdedah risiko jangkitan.
Mitos 6: Susu awal iaitu susu selepas kelahiran adalah tidak berfaedah
Fakta: Kolostrum amatlah penting sebagai imuniti pertama bayi
Mitos 7: SI sama sifat seperti FM
Fakta: SI akan berubah dari segi warna pada masa dan waktu yang berlainan. SI juga berubah2 rasa bergantung kepada pemakanan ibu. SI juga berubah kandungan nutrisinya mengikut perkembangan umur bayi.
Mitos 8: Menyusu akan menyebabkan bentuk badan lari
Fakta: Menyusu dapat mengecutkan uterus dengan lebih cepat. Menyusu dapat mengurangkan berat dengan lebih berkesan.
Mitos 9: Menyusu semasa datang haid adalah tidak wajar
Fakta: tiada kaitan dengan perubahan hormon
Mitos 10: Payudara bersaiz kecil tidak dapat memberi cukup SI kepada bayi bersaiz besar
Fakta: Saiz bukan penentu.
credit : hanaseman.blogspot
No comments:
Post a Comment